Monday, November 29, 2010

Haile Gebrselassie akan berlari di Tokyo Marathon



Pemegang rekod dunia marathon Haile Gebrselassie mengatakan bahawa beliau sudah fit dan akan berlari di tokyo marathon pada bulan februari.

Gebrselassie 37 tahun mengumumkan persaraan pada 7 november, menyalahkan kecerderaan di bahagian lutut yang memyebabkan beliau gagal menamatkan lariannya di New York Marathon... Di sebalik keputusan seminggu kemudian dan selepas selesai sesi latihan baru-baru ini.haile mengatakan di Twitter "Tidak nyeri Lega mengetahui saya boleh meneruskan apa yang saya suka melakukannya"...

Gebrselassie menambahkan lagi bahawa beliau akan berlari lg hingga sukan Olimpik Landon 2012. Marathon di jepun akan berlangsung pada 27 februari tahun depan.Masalah lutut telah menghampakan juara Sukan Olimpik 2 kali itu, apabila hanya menamatkan larian sebanyak 16 batu di New Tork marathon pada awal bulan november baru-baru ini... setelah menyatakan beliau akan berhenti berlari, Gebrselassie segera menyatakan  "Menjalankan ada di dalam darahnya saya dan saya memutuskan untuk terus bersaing".

Pengumumannya di New York adalah reaksi yang pertamanya setelah perlumbaan yg mengecewakan dalam penyertaannya.. Gebrselassie yang memenangi gelaran Olimpik 10,000m pada tahun 1996 dan 2000, dan memegang rekod dunia marathon 2 jam 03minit 59saat mengatakan bahawa beliau akan terus berlari sehingga sukan Olimpik Landon 2012 dua tahun  nanti.
                                


Jurulatihnya Woldemeskel Kostre berkata Gebrselassie mampu bersaing selama lapan tahun pada peringkat tertinggi.

Gebrselassie juga mempunyai kelab berlari sendiri, telah mendirikan sekolah di ibukota Ethiopia Addis Ababa dan menggajikan lebih daripada 1,000 orang di bandar kelahirannya, di mana ia dikenali sebagai "Maharaja"


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates