Thursday, July 14, 2016

Dari Acara Olahraga Ke Half Marathon Dan Seterusnya Ultra Marathon



Sepanjang penglibatan dalam arena larian bnyk pengalaman
yg berguna aku perolehi.
Bermula dari tahun 2004 zaman bangku sekolah bermula penglibatan 
dalam dunia larian. Zaman itu banyak terlibat dengan acara
olahraga tertumpu untu acara 5000m, 1500m & 800m.

Tamat zaman persekolahan, pada tahun 2008 mula berjinak2 dgn 
perlumbaan jalan raya. Masa tu selalu terlibat dgn perlumbaan 10km
dan 21km hingga 2012. Penghujung 2012 bermulanya dimana
berlaku kecederaan jangka masa panjang...

Tahun 2015 cuba kembali tetapi belum secara aktif.
Tahun 2016 bermula misi baru... kali ini kembali aktif tetapi bertukar
arah ke acara Ultra Trail. Keinginan untuk ke acara ultra trail
bermula selepas menyertai acara ultra trail yg pertama
hujung tahun 2015. Selepas mencuba ultra pertama,
mula mencari maklumat ttg dunia ultra...

Setakat ini bru berjaya selesaikan dua ultra marathon...
sekarang dalam usaha membuat persedian untuk dua event ultra 
pada tahun ini. semoga ini menjadi permulaan dalam bidang 
yang baru.. 

Complete Ultra marathon :

2015
Trail In Twilight Stars (4th)

2016
Route68 (finisher)





Next Ultra Marathon 2016

1: Compressport 100 Penang Series (50km)
2: Penang 100 Ultra Marathon (84km)        



Aku berharap dpt menjadi seperti Ryan Sandes.hihihi 

Ryan Sandes : Ultra Trail Runner



Read More

Thursday, April 14, 2016

Route68 : Percubaan Pertama Ultra


10/4/2016 Gombak, percubaan pertama aku berlari sejauh 
70km. Untuk perlumbaan 70km ni pada awalnya aku mensasarkan
untuk menghabiskan perlumbaan bawah 8jam.





Route68 telah memberikan aku satu pengalaman baru
berlari dalam keadaan cuaca yang berbeza sejuk dan panas.
Keadaan laluan route yang mencabar dengan terpaksa menempuhi 
laluan berbukit mendaki di Gengting Sempah. Di sepanjang laluan 
juga terpaksa berdepan dengan kenderaan yang laju dan jugak basikal.



Sepanjang perlumbaan dari permulaan pace aku guna agak baik bawah 
6:00min/km tetapi apabila melepasi cp7 selepas 35km kaki mula
mengalami kekejangan. Disitulah terpaksa berlawan dengan mental
untuk menghabiskan perlumbaan. Alhamdulillah berjaya abiskan larian
sejauh 70km.






Untuk Ultra yang seterusnya perlukan latihan yang cukup
untuk elakkan kekejangan.. Route68 memang terbaik, jika
ada rezeki tahun depan kita repeat lg. hihihihi..
Sekarang fokus pada event yang terdekat dlu, 
Harumanis Adventure Trail Run pada 1/5/2016.
Read More

Thursday, April 7, 2016

Tuba Trail Run Langkawi, Malaysia


Alhamdulillah sudah lama tidak merasa keseronokan 
menyertai event2 mcm ni... Tuba Trail Run 2016 merupakan satu lagi
sejarah baru aku dalam bidang larian... berlari sejauh 30km dalam keadaan cuaca
yg agak panas bnyak memberi pengalaman baru dlm 
masa untuk persedian game seterusnya Route68 (70km)..
Keadaan Pulau Tuba yg agak panas disbbkan hujan tidak turun untuk berberapa
bulan ditambah pulak dngn berlari di Pulau membuatkan perlumbaan ini
agak mencabar.

Jambatan yg menghubungkan Pulau Tuba & Pulau Dayang Bunting

Untuk event di Pulau Tuba ini aku pergi untuk penuhi latihan aku
yg agak sibuk dengan kerja pada minggu lalu. Jd tidak meletakkan
sasaran untuk menang. Tapi alhamdulillah jgk aku dpt menduduki tempat yg
Ke-6 dan ke-17 keseluruhan...yang paling penting berjaya abiskan
perlumbaan dalam keadaan selamat tanpa kecerderaan.


1km terakhir sebelum garisan penamat

Minggu ni, minggu recovery sebelum game yg aku tunggu2 kan
selama ini berlangsung pada 10/4/2016.. harap dapat berikan persembahan
yg terbaik aku...


Read More

Friday, February 19, 2016

Trail In Twilight Star Run 2015 dan Misi 2016


Assalamualaikum lam xpost pasal lari..
Alhamdulillah setelah 2 tahun menyerpi dalam dunia larian , tahun 2015 aku kembali
menyertai larian... Dalam tahun 2015 yg lepas satu event yg mula menarik minat aku adalah Trail In Twilight Star.. Walaupun pertama kali berlari diluar kemampuan sasaran yg ditetapkan 12jam... aku hanya mampu berlari dalam masa 10 jam 51 minit untuk menduduki tempat ke-4... Disebabkan event ini, pada tahun 2016 ini aku terus terjebak ke dunia Ultra.... Next ultra aku adalah route68.. harap semua berjalan dengan lancar...

2016 misi untuk berlari event Ultra

Trail In Twilight Star 2015

Read More

Monday, August 3, 2015

Taiping Cross Country Run 2015



Alhamdulillah event yang kelima berjaya aku sertai tahun ini... Event kali ni aku rasa agak seronok sbb kali ni dpt berlari dalam keadaan baik dan mula dpt rentak sedikit demi sedikit.. LD Runner telah menghantar 3 perserta ke Kejohanan kali ini. Kesemua wakil LD Runner termasuk aku memasuki kategori terbuka lelaki jarak 15km yg perlu melalui laluan berpadang dan trail.

Perlepasan kategori 15km (6:45am)

Garisan penamat..( xdpt nk bergaya penat)

Aku menduduki tempat ke-10

Azanis tempat ke-6

Along tempat ke-4

Top 10 terbuka lelaki 15km

Read More

Wednesday, April 29, 2015

Harumanis Adventure Trail Run 2015



Sg. Batu Pahat, selesai misi pertama bagi tahun 2015. Pada 26 april yang lalu berlangsungnya Harumanis Adventure Trail Run 2015 bertempat di Sg. Batu Pahat, Perlis. Kejohanan yang disertai sebnyak 92 pasukan ketegori open dan 18 pasukan kategori veteran merangkumi jarak perlumbaan sebnyak 10km bersetarkan 4 tugasan yang perlu diselesaikan oleh para pelari. Kejohanan ini turut disertai pelari dari luar negara seperti Kenya, Greece, Filipine, Thailand dan Francis Sekali lagi pasukan LD Runner menghantar wakil di kejohanan kali ini. Berikut antara sorotan kejohan tersebut.





                      Erman & Muzakris                                                 Haffis & Azanis


Ketegori Open & Veteren


                     Wakil LD Runner (Erman & Qis)           Wakil LD Runner (Haffis & Azanis)




Top 3 Ketegori Open & Veteran



Tempat Ke-3



LD Runner (Perlis)

Read More

Wednesday, April 22, 2015

PERLIS RIVER RUN 2015



PERLIS, pada 18 April yang lepas telah berlangsung Perlis River Run 2015 bertempat di Denai Larian, Pengkalan Asam Perlis. Kejohanan yang pertama kalinya berjaya menarik minat peserta tempatan dan juga jiran negeri Perlis iaitu Thailand. Larian yang merangkumi jarak 14km bermula pada pukul 8:00 pagi. Pemenang membawa pulang wang tunai dan juga hamper. 

LD Runner Team juga turut mengambil bahagian pada kejohanan ini.Tahniah pada peserta LD Runner yang berjaya menamatkan larian. Berikut antara sorotan gambar kejohanan.

                               Lelaki Senior (14km)                                   Lelaki Senior (14km)



Lelaki Veteran



Lelaki Senior



LD Runner Team


Read More

Tuesday, April 14, 2015




Assalamualaikum,

lama sunguh x update cerita baru... sejak hampir 2 tahun kurang terlibat dalam dunia larian tahun ni ...

Apa2 pun nk bagitaw aku dah berjaya beli Salomon S-lab. hihiihi terbaik la... tercapai jgak nk pakai salomon S-lab ni..





Aku beli warni merah hitam mau putih satg cepat kotor. aku dah xpandai jaga kasut.hihi
Sempat jugak aku guna kasut ni untuk event 26/4/2015. lawan di negeri aku sendiri perlis... 

antara koleksi kasut2 aku yg masih ada 2010-2015



Salomon Speedcross 3 (2014-2015)





Adidas Adizero Feather 2 (2012-2015)





Adidas Adizero Adios Haile (2011-2015)





Brook PR LD (2012-2015)






Nike Lunar Race 2 (2010-2012)





Mizuno Wave Idaten (2008-2014)



Nike Air Pegasus 27 (2006-2007)



Asics Gel (2005-2006)
xingat nama kasut.hihihih





Read More

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates