10/4/2016 Gombak, percubaan pertama aku berlari sejauh
70km. Untuk perlumbaan 70km ni pada awalnya aku mensasarkan
Route68 telah memberikan aku satu pengalaman baru
berlari dalam keadaan cuaca yang berbeza sejuk dan panas.
Keadaan laluan route yang mencabar dengan terpaksa menempuhi
laluan berbukit mendaki di Gengting Sempah. Di sepanjang laluan
juga terpaksa berdepan dengan kenderaan yang laju dan jugak basikal.
Sepanjang perlumbaan dari permulaan pace aku guna agak baik bawah
6:00min/km tetapi apabila melepasi cp7 selepas 35km kaki mula
mengalami kekejangan. Disitulah terpaksa berlawan dengan mental
untuk menghabiskan perlumbaan. Alhamdulillah berjaya abiskan larian
sejauh 70km.
Untuk Ultra yang seterusnya perlukan latihan yang cukup
untuk elakkan kekejangan.. Route68 memang terbaik, jika
ada rezeki tahun depan kita repeat lg. hihihihi..
Sekarang fokus pada event yang terdekat dlu,
Harumanis Adventure Trail Run pada 1/5/2016.
No comments:
Post a Comment