Wednesday, January 10, 2018

MISI 2017 TERLAKSANA

Assalamualaikum, lama hilangkan diri...faktor kekangan kerja 
dan hal-hal tertentu terus tinggalkan blog ni..

Hari ni nak kongsi sikit beberapa event yang disertai tahun lepas (2017).
Tahun 2017 boleh dikatakan pencapaian terbaik la bagi 2-3 tahun kebelakangan ini
walaupun ada beberapa event yang tidak dapat disertai..

Jan 2017
Watergate 16 hour merupakan event ultra yang ke-6 didaftarkan. Tetapi acara itu tidak dapat disertai kerana tarikh bagi perlumbaan itu bertindih dengan satu event lain.. jadi terpaksa melupakan hajat untuk sertainya pada tahun itu.

Feb 2017
Seperti saban tahun, pada edisi 2017 sekali lagi dipilih mewakili Maksak Perlis ke kejohanan
Maksak Trail run yang berlansung di Taiping, Perak. Pada perlumbaan itu aku hanya menduduki tempat ke-26 dgn jarak perlumbaan 13.6km. 

April 2017
Pada bulan 4 aku mendaftar tiga perlumbaan iaitu trail, ultra dan marathon. Event pertama iaitu Hulu Langat Trail Run hanya mendaftar tidak dapat ikut serta kerana minggu hadapannya ada event ultra relay. Perlumbaan ke-3 bg tahun 2017 iaitu Rimba Alam Ultra Relay . Untuk event ini aku mendaftar kategori 4x100km (25km per seorang). Event itu kami berjaya menamatkan perlumbaan dalam masa 8jam 19minit 02 saat bagi jarak 105km dimana aku merupakan pelari ke-2. 

Rimba Alam Ultra Relay

Penghujung bulan 4 aku terlibat dengan Perlis Marathon.. ini merupakan percubaan kedua di kejohanan yang sama. Pada perlumbaan itu aku berjaya memperbaharui catatan masa peribadi terbaik dengan 3jam 49minit 42saat dan menduduki tempat ke-22..


Mei 2017
Dimana event yang aku nanti-nantikan Penang Eco 2017. Ini merupakan percubaan pertama ultra trail 100km. dan merupakan ultra yang ke-7. Walaubagaimanapun persiapan latihan untuk event itu hanya ala kadar kerana pada bulan 5 terlibat dengan banyak tugasan kerja. Banyak pengalaman yang aku perolehi pada pelumbaan tersebut. Pada perlumbaan tersebut aku menjadi pacer kepada pelari dari indonesia Shindy (tempat ke-6)... Alhamdulillah aku berjaya tamatkan 100km dalam masa 23jam 1minit 11saat. Walaupun masa agak tidak membanggakan tetapi bersyukur kerana berjaya mengharungi perlumbaan 100km dan menduduki tempat ke-9.

dari kiri Shindy (Indonesia), Haffis, Dino (Italy), win (Mas)


Julai 2017
Pada bulan ini hanya terlibat dengan Sukan Staf Antara Universiti Awam (SUKUM).
Kali ini aku menyertai 800m (tempat ke-4) dan 1500m (tempat ke-5).. seperti saban tahun sudah hilang taring sejak 2012. hihihihihi... kerana setiap tahun tidak dapat konsisten jadual latihan.

saguhati tempat ke-5 acara 1500m

Disember 2017
Penuntup tahun 2017 pada mulanya mendaftar acara Natural Trail Run Unimap 12km tetapi pada hari kejohanan mengalami masalah kesihatan dan terpaksa menarik diri daripada bertanding.
Pada penghujung bulan 12 iaitu malam tahun baru terdapat satu larian lebih kepada fun run. (Night Walk & Run 6km). Aku turut mengambil bahagian pada malam itu dan larian malam itu lebih kepada menjalani latihan. Menamatkan jarak 5.8km dalam masa 26minit 10saat.


Rumusan
Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan pencapaian pada tahun 2017 walaupun terdapat acara yang tidak dapat disertai.. Rasa kecewa itu terubat dengan tercapainya sasaran PB dalam acara marathon dan jugak berjaya menamatkan perlumbaan 100k ultra.. dan keseluruhan jarak termasuk latihan sepanjang 2017 agak tidak memuaskan dalam 1300km sahaja berbanding 2016 dalam 2000km. Itulah serba sedikit pencapaian bagi tahun 2017.. Tahun ini aku cuba baiki kekurangan tersebut. InsyaAllah
Read More

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates